BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, June 21, 2010

KELAB MALAM? APAKAH?




"trend remaja sekolah berhibur di kelab malam amat membimbangkan akibat masyarakat kurang prihatin" kata seorang wartawan (lebih kurang camtu laa katenye).... ok, tu pendapat dia.....

tapi pendapat aku lain sikit daripada apa yang dikatakan oleh wartawan sebuah televisyen tersebut..... meh aku tanya kat korang sikit, masyarakat yang tak prihatin ke atau pihak berkuasa yang tak prihatin?

aku bagi contoh la eh..... mak jah jual nasi lemak di sebuah gerai depan sebuah kelab malam..... oleh kerana mak jah ni seorang yang prihatin, dia pon tegur seorang remaja yang baru keluar dari kelab malam dalam keadaan mabuk yang lalu depan gerai dia...... belom sempat habis mak jah memberi nasihat, botol arak dah hinggap kat dahi mak jah yag jendul tu...... apo nak di kato......sian mak jah..... tak pasal² kene botol arak kat dahi mak jah yang dahulunyer licin....sekarang dah tak lagi selicin dulu akibat terpaksa kene 16 jahitan di dahinya tu....hahhahah

ok, itu mungkin salah satu situasi yang mungkin berlaku......mungkin ade situasi yang versi lain.... yang versi lain aku akan cerita dalam episod yang akan datang..... tu pon kalo entry akan datang ada kaitannya dengan entry ni.....hehheheh

berbalik pada cerita mak jah tadi..... sian mak jah kan?.... jesteru itu, perkara-perkara macam ni lah yang membuatkan masyarakat kurang menjadi prihatin....... kenapa? sebab yang orang yang kene tegur takkan boleh menerima dan tidak menghormati orang yang menegur......ini fenomena zaman sekarang..... jadi masyarakat pon kene playsafe gak...... takkan hari² nak kene botol arak kat dahi kan..kan?

berbalik pada soalan kat memula entry tadi(lupe? scroll balik kat atas tu)...... masyarakatkah atau pihak berkuasa yang tak prihatin?...... sepatutnya pihak berkuasa atau pihak berwajib secara amnya yang patut lebih prihatin......jangan salahkan masyarakat dalam hal ni...... cuba anda bayangkan kalau semua clubbing atau pun kelab malam ditutup......jangan bagi lesen langsung untuk kelab malam......haramkan kelab malam.......habis cerita....tak ada lagi remaja yang nak pegi kelab malam......betol tak? sifir yang mudah......tutup clubbing, tak ada lagi orang pergi ke kelab malam atau clubbing...... bukan setakat remaja, atok² dan nyonya² pon dah tak pergi kelab malam......mungkin lepas ni dorang pergi ke kelab vespa ataupun kelab menari poco²......oh ye! sepatutnya yang lebih dibimbangkan adalah orang² tua berpangkat atok yang pergi ke kelab malam daripada remaja, sebab kubur dah panggil².....hahhahaha.......sedar la sikit.....simpan duit wat pergi haji dari bagi duit beli arak dan bayar GRO yang busuk tu hahahah......

yang kaki clubing mesti tak suka entry ni kan? kan?......heheh dah tau dah....... mesti bermain² difikiran korang, "kalo clubbing tutup tak leh nak mabuk² dah, pastu camner nak ayat awek² seksi bawak balik rumah or hotel or kebun sawit? tak best ar camni" mesti korang fikir camtu kan? atau pon yang lebih kurang camtu la.....ok, buat kaki clubbing, jangan risau, tulisan aku ni takkan kemana......hanya tinggal tulisan je...... korang still boleh lagi pergi clubbing...... tapi ingat! bagi orang islam, Allah itu sentiasa melihat...... andaikata korang tengah dok syok² teguk air arak dan peluk² GRO yang busuk tu tetiba mati tercekik air arak...... pastu hantar kat hospital buat post mortem...... doktor bagitau punca kematian kat keluarga korang mati akibat tercekik air arak......sian kat keluarga korang yang sangkakan korang orang baik²......kebetulan pulak mase korang mati tu, jiran korang yang juga kaki clubbing ada masa korang mati kat clubbing itu hari.......dia pulak boleh heboh kat satu kampung korang yang korang mati tengah minum arak sambil peluk GRO.......fuuhh malu wooo....... tu baru kat dunia...... di Akhirat nanti?? renung²kanlah sejenak ye saudara dan saudari......bukan nak berkhutbah cuma mahu betuli diri jua..... peace =)